Latar belakang Bojang dari Goguryeo

Tempoh pemerintahan di Goguryeo diceritakan dalam dua buku terakhir sejarah Goguryeo dalam Samguk Sagi. Nama yang diberi Bojang ialah Jang, walaupun baginda juga dikenali sebagai Bojang. Bojang ialah anakanda kepada adinda lelaki raja sebelumnya, Yeongnyu. Pada tahun 642, jeneral Yeon Gaesomun melakukan rampasan kuasa dan membunuh Yeongnyu dan banyak penyokongnya. Bojang kemudian diletakkan di atas takhta.

Dengan tujuan untuk mendorong Goguryeo bergabung dalam ekspedisi menentang Baekje, Silla mengirim Kim Chun-chu untuk meminta bantuan pasukan Goguryeo tetapi Goguryeo tidak mengizinkan.

Semasa sebahagian besar pemerintahannya, Bojang hanyalah boneka, memberikan peluang kepada pemerintahan ketenteraan Yeon Gaesomun. Sebagai contoh, atas hasutan Yeon, baginda menyokong Taoisme dan mengeluarkan edik yang menekan agama Buddha di negara itu, yang merupakan agama rasmi sebelumnya.

Goguryeo juga mengalami banyak bencana alam semasa pemerintahannya.[1]